Syeikh Abdul Muhyi adalah Ulama tarekat Syattariah, penyebar
agama Islam di Jawa Barat bagian selatan yaitu kuningan, pamengpeuk, Batuwangi,
Pamijahan tasikmalaya.
seorang Ulama Tarekat Syattariyah karena guru beliau adalah
syeikh Abdur Rauf Singkel seorang sufi dan guru Tarekat Syattaiyah yang berasal
dari Singkel-Aceh
ASAL USUL DAN PENDIDIKAN
Syeikh Haji Abdul Muhyi adalah salah seorang keturunan
bangsawan. Ayahnya bernama Sembah Lebe Warta Kusumah, adalah keturunan raja
Galuh (Pajajaran). Abdul Muhyi lahir di Mataram, Lombok, Nusa Tenggara Barat,
pada 1071 H/1660 M dan wafat di Pamijahan, Bantarkalong, Tasikmalaya, Jawa
Barat, 1151 H/1738 M. Abdul Muhyi dibesarkan di Ampel, Surabaya, Jawa Timur.
Pendidikan agama Islam pertama kali diterimanya daripada ayahnya sendiri dan
kemudian daripada para ulama yang berada di Ampel. Dalam usia 19 tahun, ia
berangkat ke Aceh untuk melanjutkan pendidikannya dan belajar dengan Syekh
Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Lebih kurang enam tahun lamanya Syeikh Abdul
Muhyi belajar dengan ulama besar Aceh itu, iaitu dalam lingkungan tahun 1090
H/1679 M-1096 H/1684 M.
Tahun pembelajaran Syeikh Abdul Muhyi di Aceh kepada Syeikh
Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu, kita dapat membandingkan dengan tahun
pembelajaran Syeikh Burhanuddin Ulakan yang dipercayai termasuk seperguruan
dengannya.
Syeikh Burhanuddin Ulakan yang berasal dari Minangkabau itu
belajar kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri bermula pada 1032 H/1622 M, tetapi
tahun ini tetap masih dipertikaikan kerana riwayat yang lain menyebut bahawa
ulama yang berasal dari Minangkabau itu dilahirkan pada tahun 1066 H/1655 M.
Maka kita perlu membandingkan dengan tahun kelahiran Syeikh
Yusuf Tajul Khalwati dari tanah Bugis-Makasar, iaitu 1036 H/1626 M, selanjutnya
keluar dari negerinya menuju ke Banten 1054 H/1644 M, seterusnya ke Aceh
belajar kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri juga. Selain itu, dapat
juga kita bandingkan dengan tahun kehidupan Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau
Manis) Terengganu, iaitu tahun 1060 H/1650 M hingga tahun 1092 H/1681 M; Semua
ulama yang tersebut dikatakan adalah murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.
Banyak pula ulama bercerita bahawa semua mereka termasuk Syeikh Abdul Muhyi
Pamijahan adalah bersahabat.
Bliau diriwayatkan sempat belajar ke luar negeri ke Mekah,
Madinah, Baghdad dan lain-lain. Termasuk Syeikh Abdul Muhyi diriwayatkan adalah
murid kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani di Mekah dan Syeikh Ahmad al-Qusyasyi di
Madinah, yang kedua-dua ulama itu adalah ulama ahli syariat dan haqiqat yang
paling terkenal pada zamannya.
Setelah Syeikh Abdul Muhyi lama belajar di Mekah dan
Madinah, beliau melanjutkan pelajarannya ke Baghdad. Tidak jelas berapa lama
beliau tinggal di Baghdad, tetapi diriwayatkan ketika beliau berada di Baghdad
hampir setiap hari beliau menziarahi makam Syeikh Abdul Qadir al-Jilani yang
sangat dikaguminya.
Dalam percakapan masyarakat, Syeikh Abdul Muhyi adalah
termasuk keturunan/zuriat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Wali Allah, Quthbul
Ghauts, yang sangat terkenal itu. Riwayat yang lain diceritakan bahawa Syeikh
Abdul Muhyi ke Baghdad dan Mekah adalah mengikuti rombongan gurunya, Syeikh
Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Dari Baghdad beliau kembali lagi ke Mekah dan
selanjutnya kembali ke Jawa dan berkahwin di Ampel.
Guru Beliau Syeikh Abdu Rauf Singkel adalah ulama yang
berupaya mendamaikan ajaran martabat alam tujuh (paham wahdatul
wujud/wujuddiyyah) dengan paham sunah. Paham inilah yang dibawa oleh Syekh
Abdul Muiyi Pamijahan ketanah jawa. Setelah menikah Ia dan keluarganya
meninggalkan ampel dan mulai melakukan pengembaraan ke arah barat. Mereka tiba
di darma (termasuk daerah kuningan). Atas permintaan masyarakat setempat agar
Ia menetap selama tujuh (7) tahun (1678-1685) untuk mendidik masyarakat dengan
ajaran islam, kemudian Ia kembali mengembara dan sampai di pamengpeuk garut dan
hanya menetap selama satu (1) tahun ( 1678-1679) untuk menyebarkan agama islam
di mana ketika itu masyarakat setempat yang masih beragama hindu .
Setelah itu mereka kembali mengembara hingga batuwangi,
lebaksiuh dan menetap selama empat tahun (1686-1690). Pada masa empat tahun
tersebut Ia berhasil mengislamkan penduduk yang sebelumnya beragama hindu.
Menurut cerita rakyat keberahasilannya dalam melakukan dakwah karena
kekeramatannya yang mampu mengalahkan aliran hitam. di sini Ia mendirikan
mesjid sebagai tempat pengajian untuk mendidik para kader yang akan membantunya
menyebarkan agama islam lebih jauh ke selatan jawa barat. Setelah empat tahun
menetap di lebaksiuh , Ia lebih memilih bermukim di dalam gua yang di kenal
sebagai gua safar wadi di pamijahan- tasikmalya-jawa barat.
Menurut cerita rakyat kehadirannya di gua safar wadi atas
undangan bupati sukapura yang meminta beliau menumpas aji-aji hitam batara
karang di pamijahan. Disana terdapat gua tempat pertapaan orang-orang menuntut
aji-aji hitam. Beliau dapat memenanginya. Ia kemudian menjadikan gua sebagai
permukiman bagi keluarga dan pengikutnya. Gua tersebut sangat sesuai untuk
melakukan semedi menurut ajaran syatariyah. Setelah sekian lama bermukim dan
mendidik para santrinya, Ia dan santrinya menyebarkan agama islam di kampung
bojong (6 Km dari gua), yang sekarang dikenal sebagai kampung bengkok. sambil
sesekali kembali ke gua safar wadi. Sekitar 2 Km dari kampung bengkok Ia
mendirikan kampung yang sekarang terkenal sebagai kampung safa wadi. di kampung
ini Ia mendirikan mesjid yang sekarang komplek mesjid agung pamijahan.
AKTIVITAS
Setelah selesai perkahwinan di Ampel, Syeikh Abdul Muhyi
bersama isteri dan orang tuanya berpindah ke Darma, dalam daerah Kuningan, Jawa
Barat. Selama lebih kurang tujuh tahun (1678 M-1685 M) menetap di daerah itu mendidik
masyarakat dengan ajaran agama Islam. Kemudian berpindah pula ke daerah
Pameungpeuk, Garut, Jawa Barat. Di daerah itu, beliau hanya menetap lebih
kurang setahun saja (1685-1686), walau bagaimanapun beliau berhasil menyebarkan
agama Islam kepada penduduk yang ketika itu masih menganut agama Hindu.
Pada 1686 ayahnya meninggal dunia dan dimakamkan di kampung
Dukuh, di tepi Kali Cikangan. Beberapa hari selepas pemakaman ayahnya, Syeikh
Abdul Muhyi berpindah ke daerah Batuwangi. Beliau berpindah pula ke tempat yang
berhampiran dengan Batuwangi iaitu ke Lebaksiuh. Selama lebih kurang empat
tahun di Lebaksiuh (1686 M-1690 M), Syeikh Abdul Muhyi berhasil mengislamkan
penduduk yang masih beragama Hindu ketika itu.
Menurut cerita, keberhasilannya dalam melakukan dakwah Islam
terutama kerana Syeikh Abdul Muhyi adalah seorang Wali Allah yang mempunyai
karamah, yang dapat mengalahkan bajingan-bajingan pengamal "ilmu
hitam" atau "ilmu sihir". Di sanalah Syeikh Abdul Muhyi
mendirikan masjid, tempat ia memberikan pengajian untuk mendidik para kader
yang dapat membantunya menyebarkan agama Islam lebih jauh ke bahagian selatan
Jawa Barat.
Kemudian Syeikh Abdul Muhyi berpindah ke satu desa, iaitu
Gua Safar Wadi di Karang Pamijahan, Tasikmalaya, Jawa Barat. Perpindahannya ke
Karang Pamijahan itu, menurut riwayat bahawa beliau diperintahkan oleh para
Wali Allah dan perjumpaan secara rohaniah kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani,
supaya beliau mencari suatu gua untuk tempat berkhalwat atau bersuluk di Jawa
Barat. Cerita mengenai ini banyak dibungai dengan berbagai-bagai dongeng yang
merupakan kepercayaan masyarakat terutama golongan sufi yang awam.
Bagi mengimbangi cerita yang bercorak mitos itu, ada riwayat
yang bercorak sejarah, bahawa Syeikh Abdul Muhyi diundang oleh Bupati Sukapura,
Wiradadaha IV, R. Subamanggala untuk memerangi dan membasmi ajaran-ajaran sihir
yang sesat Batara Karang di Karang Pamijahan dan di gua Safar Wadi itu. Di
kedua-dua tempat tersebut adalah tempat orang-orang melakukan pertapaan kerana
mengamalkan ilmu-ilmu sihirnya.
Oleh sebab Syeikh Abdul Muhyi memang hebat, beliau pula
dianggap sebagai seorang Wali Allah, maka ajaran-ajaran sihir yang sesat itu
dalam waktu yang singkat sekali dapat dihapuskannya. Penjahat-penjahat yang
senantiasa mengamalkan ilmu sihir untuk kepentingan rompakan, penggarongan dan
kejahatan-kejahatan lainnya berubah menjadi manusia yang bertaubat pada Allah,
setelah diberikan bimbingan ajaran Islam yang suci oleh Syeikh Abdul Muhyi,
Wali Allah yang tersebut itu.
Gua Safar Wadi pula bertukar menjadi tempat orang melakukan
ibadat terutama mengamalkan zikir, tasbih, tahmid, selawat, tilawah al-Quran
dan lain-lain sejenisnya. Maka terkenallah tempat itu sebagai tempat orang
melakukan khalwat atau suluk yang diasaskan oleh ulama yang terkenal itu.
Disingkatkan saja kisahnya, bahawa kita patut mengakui dan
menghargai jasa Syeikh Abdul Muhyi yang telah berhasil menyebarkan Islam di
seluruh Jawa Barat itu. Bukti bahawa beliau sangat besar pengaruhnya, sebagai
contoh Bupati Wiradadaha IV, iaitu Raden Subamanggala pernah berwasiat bahawa
jika beliau meninggal dunia supaya beliau dikuburkan di sisi gurunya Syeikh
Abdul Muhyi Pamijahan itu. Tempat tersebut sekarang lebih dikenali dengan nama
Dalem Pamijahan.
Murid-murid yang tertentu, Syeikh Abdul Muhyi mentawajjuhkannya
menurut metod atau kaedah Thariqat Syathariyah yang salasilahnya diterima
daripada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Walaupun tarekat yang sama
diterimanya juga kepada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi, iaitu guru juga kepada Syeikh
Abdur Rauf al-Fansuri, namun Syeikh Abdul Muhyi memulakan salasilahnya tetap
menyebut Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Hal demikian kerana tarekat yang
tersebut memang terlebih dulu diterimanya daripada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al
Fansuri.
Setelah beliau ke Mekah, diterimanya tawajjuh lagi daripada
Syeikh Ahmad al-Qusyasyi itu. Maka berkembanglah Thariqat Syathariyah yang
berasal daripada penyebaran Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu di
tempat-tempat yang tersebut, melalui bai'ah, tawajjuh, dan tarbiyah ruhaniyah
yang dilakukan oleh Syeikh Abdul Muhyi muridnya itu.
KETURUNAN
Menurut riwayat, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan mempunyai
empat isteri. Hasil perkahwinannya itu, beliau memperoleh seramai 18 anak.
Menerusi Raden Ayu Bakta, memperoleh anak bernama Kiyai Haji Muhyiddin atau
digelar Dalem Bojong. Namun menurut Aliefya M. Santrie, dalam buku Warisan
Intelektual Islam Indonesia, setelah beliau pulang dari Pamijahan beliau
menemukan satu artikel dalam majalah Poesaka Soenda yang menunjukkan bahawa
tidak identiknya Kiyai Haji Muhyiddin dengan Dalem Bojong.
Kedua-duanya memang anak Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan,
tetapi Kiyai Haji Muhyiddin personaliti tersendiri dan Dalem Bojong personaliti
yang lain pula. Menurutnya makam Kiyai Haji Muhyiddin dalam majalah itu disebut
namanya yang lain, iaitu Bagus Muhyiddin Ajidin, terletak di sebelah selatan
makam Syeikh Abdul Muhyi, sedang makam Dalem Bojong terletak di sebelah timur.
Barangkali keturunan Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan itu sangat
ramai yang menjadi ulama di daerah Jawa Barat, sewaktu penulis berulang-alik di
Pondok Gentur, Cianjur (1986 M-1987 M) difahamkan bahawa Kiyai Haji Aang Nuh di
pondok pesantren adalah termasuk keturunan Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan.
Penulis sendiri menerima beberapa amalan wirid dari kiyai itu dan ternyata
memang terdapat hadiah al-Fatihah untuk Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan
beberapa ulama lainnya untuk memulakan amalan.
Dari Kiyai Haji Aang Nuh juga, penulis mendengar
cerita-cerita yang menarik mengenai Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. Sampai
sekarang Pondok pesantren Gentur dikunjungi mereka yang mempunyai permasalahan
yang sukar diselesaikan dari seluruh Indonesia, tempat itu sentiasa ramai
kerana doa kiyai itu dianggap mustajab.
Di Pondok-pesantren Gentur itu tidak mengajar disiplin ilmu
sebagai pondok-pesantren lainnya, di situ hanya mengajar amalan-amalan wirid
terutama selawat atas Nabi Muhammad. Penulis sempat mewawancara pengunjungnya,
menurut mereka wirid atau amalan yang diterima dari kiyai itu terbukti
mustajab.
Oleh sebab kepopularan ulama yang dianggap Wali Allah ini,
beberapa sejarawan, budayawan dan lain-lain telah berusaha menyelidiki biografi
ulama yang berasal dari Pulau Lombok itu. Di antara mereka umpamanya seorang
Belanda, Snouck Hurgranje, pernah mengembara di Jawa Barat dan di Sukabumi
menemukan beberapa naskhah karya yang dibangsakannya kepada karya Syeikh Abdul
Muhyi Pamijahan.
R. Abdullah Apap ibn R. Haji Miftah menyusun sebuah buku
berjudul, Sejarah Pamijahan: Kisah Perjuangan Syeik Haji Abdulmuhyi
Mengembangkan Agama Islam di Sekitar Jabar. Aliefya M. Santrie menulis artikel
Martabat (Alam) Tujuh Suatu Naskah Mistik Islam Dari Desa Karang, Pamijahan.
Dan ramai lagi tokoh yang membuat kajian mengenai ulama yang dibicarakan ini.
Khas mengenai artikel Aliefya M. Santrie yang lebih menjurus
kepada pengenalan ajaran Martabat Tujuh versi Kiyai Haji Muhyiddin yang ditulis
dengan huruf pegon. Setelah penulis teliti dan membanding dengan naskhah yang
ada pada penulis yang ditulis dalam bahasa Melayu/Jawi, yang juga tercatat
sebagai karya Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan, memang banyak persamaan.
Demikian juga dengan manuskrip koleksi Muzium Islam Pusat
Islam Malaysia nombor kelas MI 839, membicarakan Martabat Tujuh yang merupakan
nukilan karya Syeikh Abdul Muhyi itu.
Sungguhpun demikian perlu kita ketahui bahawa ajaran
Martabat Tujuh sebenarnya bukanlah ciptaan Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan tetapi
yang pertama membicarakan ajaran itu ialah dalam kitab bahasa Arab berjudul
Tuhfatul Mursalah karya Syeikh Muhammad bin Fadhlullah al-Burhanpuri. Kitab
tersebut disyarah oleh Syeikh Abdul Ghani an-Nablusi.
Martabat Tujuh dalam bahasa Melayu selain yang dibicarakan
oleh Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan juga banyak, dimulai oleh ulama-ulama tasawuf
di Aceh, diikuti oleh Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dengan Ad-Durrun
Nafisnya, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani juga membicarakannya dalam Siyarus
Salikin, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam Manhalus Shafi dan ramai
lagi.
Oleh itu, perkembangan ilmu tersebut di dunia Melayu tumbuh
subur, tak ubahnya seperti perkembangan ilmu tauhid metode sifat 20 dan fiqh
menurut Mazhab Syafie pada zaman itu.
Sebagai menutup artikel ini, perlu juga penulis sebutkan
sungguhpun Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan terkenal di seluruh Jawa Barat tetapi
riwayat hidupnya hampir-hampir tak dikenal di dunia Melayu lainnya. Oleh itu,
artikel ini adalah satu usaha memperkenalkannya yang disejajarkan dengan
ulama-ulama terkenal yang lain, yang hidup sezaman dengannya, iaitu Syeikh
Abdul Malik Terengganu Syeikh Burhanuddin Ulakan, Syeikh Yusuf Khalwati, Syeikh
Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani dan banyak lagi lainya
=== Dari berbagai sumber
0 komentar: